Tuesday, December 15, 2009

TREND KINI LELAKI PISAU CUKUR



Lazimnya panggilan pisau cukur dikaitkan dengan perempuan cantik. Tapi kini, kaum lelaki juga sudah ada yang memegang gelaran itu.Kaki kikis wang wanita atau lelaki ‘spedo’ ini lebih suka hidup senang dengan menagih kemewahan daripada kekasihnya tanpa ada rasa malu. Mereka juga sanggup dibeli dengan wang ringgit dan mengetepikan pandangan negatif umum terhadap mereka. Inginkan hidup mewah dan duit segera yang membuatkan segelintir mereka sanggup berbuat sedemikian dan mengambil kesempatan terhadap mangsa mereka tidak kira wanita muda atau telah berusia,keinginan untuk merasai kemewahan juga salah satu faktor lelaki ini bertukar menjadi kaki kikis.Kalau kita nak hidup mewah, kita kenalah bela ‘ikan emas’. Betul tak?.Dalam dunia yang serba moden ini, bukanlah perkara yang sukar untuk kaki kikis mencari mangsa.

Kini dengan mengakses laman web sosial seperti Myspace dan Facebook sahaja sudah boleh mendapat mangsa,zaman sekarang bukan lelaki cari perempuan. Tapi perempuan cari lelaki. Lebih-lebih lagi mereka yang dahagakan kebahagiaan,kaum wanita kini mudah terpedaya dengan pujuk rayu dan terlalu cepat tertipu dengan janji-janji manis lelaki. Orang kata dengan duit pun kita boleh beli kebahagiaan. Jadi bagi lelaki seperti ini, sememangnya memerlukan duit dengan kerja yang mudahhanya gembirakan mereka akan dimandikan dengan kemewahan. Itulah kehidupan dunia sekarang.